Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah). Amy Blankenship
Чтение книги онлайн.

Читать онлайн книгу Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah) - Amy Blankenship страница 6

Название: Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah)

Автор: Amy Blankenship

Издательство: Tektime S.r.l.s.

Жанр: Ужасы и Мистика

Серия:

isbn: 9788835427674

isbn:

СКАЧАТЬ seperti ianya mula padam", kata Chad bila dihampiri Zachary. "Saya tidak percaya Trevor tiada di sini".

      "Oh dia ada", Zachary tersengeh. "Kali terakhir saya nampak dia, dia sedang mengangkat adikmu keluar dari sini supaya saya boleh letupkan tempat ini".

      "Apa!" jerit Chad kemudian datang lebih dekat supaya tiada siapa boleh dengar dia. "Saya di sini sejam cuma sekarang kamu beritahu adikku hampir mati malam ini?".

      "Peluru itu cuma tergesel sedikit padanya". Zachary cukup suka kenakan orang baru itu. Dia merasa sedikit bersalah bila muka Chad menjadi pucat. "Jangan bimbang, dia baik".

      "Kamu cilaka", bentak Chad tanpa kasihan.

      "Saya pernah dipanggil lebih teruk", Zachary mengangkat bahu. "Tapi sekarang, kamu boleh panggil saya bos. Saya sudah siapkan kertas kerjamu. Kamu bukan lagi di bawah jabatan polis. Mereka kerja di bawah kamu dan kamu kerja untuk CIA yang mereka diberitahu. Dan ini di bawah tanggungjawab CIA kerana serangan samseng".

      "Jadi apa yang perlu saya buat sekarang?", tanya Chad merasa sedikit keliru dan dalam diam bercita-cita memukul harimau kumbang yang meletakkan adiknya dalam bahaya lagi.

      "Berseronoklah dengan kenaikan pangkat itu sebab saya akan tinggalkan kamu untuk menjaga keadaan ini malam ini". Zachary menepuk bahunya sebelum buka pintu kereta dan masuk. Dia mengira ke tiga sebelum Chad mengetuk tingkap. Menurunkan tingkap, dia angkat kening.

      "Apa patut saya beritahu mereka?" tanya Chad.

      "Itu yang paling menarik sekali. Kamu tidak dibenarkan beri apa-apa maklumat masa ini". Zachary ketawa dan naikkan tingkap kemudian ketawa lagi bila Chad tendang tayar semasa dia berlalu pergi.

      Jenakanya hilang bila bersendirian dengan fikirannya. Dia tahu banyak serigala itu tidak bersalah dan cuma mengikut arahan ketuanya, tapi akan ada yang mahu membalas dendam untuk kematian Anthony Valachi. Ada yang memburu penyelamat Micah, tapi ada yang mencari Steven dan tunangnya yang menipu. Walau apa pun, itu akan menjadikan Lampu Malam satu tumpuan untuk diserang gangster.

      Mengeluarkan telefon bimbitnya, Zachary memanggil ahli PIT mengatakan dia ada seorang pengintip dalaman di dalam kumpulan serigala yang paling ganas itu. Jika apa yang difikirkannya akan terjadi maka ianya bagus kalau dihantar beberapa kecaman bunuh ke Lampu Malam hanya untuk meningkatkan tahap berjaga-jaga harimau bintang itu, atau lebih baik lagi... suruh mereka tutup kelab itu sementara waktu.

      *****

      Angelica memandang keluar tingkap ke bandar di bawah berfikir tentang mimpi ngeri yang mengejutkannya. Melihat cahaya dan kehidupan di bandar walaupun pada waktu tengah malam memberinya keselesaan dan membuatnya susah untuk melihat ke tempat lain.

      Dia tidak pernah dapat mimpi ngeri sebelum ini... dia tidak pernah bermimpi pun dan itu paling menganggunya. Dia mengosok jarinya pada kesan di tapak tangannya menyalahkan ia untuk mimpi ngeri tadi. Dia tenggelam dalam pemikiran merungsingkan itu bila pintu di belakangnya terhempas, dia hampir terlompat terkejut.

      Zachary buka pintu senyap-senyap takut jika Angelica masih tidur. Bila dia nampaknya berdiri kepeningan, dia tidak dapat menahan diri dan menghempas pintu. Reaksi Angelica lebih baik dari yang diharapnya.

      "Jika saya jembalang, kamu sudah digigit", dia tersengeh kemudian menurunkan pandangannya ke pisau yang Angelica genggam amat kuat sehingga buku jarinya putih. "Mungkin tidak", perbetulnya dengan kerutan. "Apa yang menganggumu?".

      "Mimpi ngeri", kata Angelica berterus terang sambil merehatkan genggamannya. Tiada guna menipu... bukan padanya lagipun. Dia menarik nafas panjang cuba menenangkan ketegangan di bahunya kemudian mengecutkan hidungnya, "Kamu bau seperti roti hangus".

      "Mahu gosok belakangku?" Zachary mengerakkan keningnya dan bergerak ke bilik air.

      Angelica menoleh sekali lagi ke tingkap sebelum berjalan menjauhinya. Mendengar pancuran mandi dipasang, dia duduk di kerusi malas dan ambil buku notanya di sebelah komputer riba dan mula melukis lelaki yang dilihatnya di dalam gua. Kerana dia yang memberi kesan itu padanya, mimpi ngeri itu mungkin darinya. Dia mula dari matanya dan melembutkan contengan pensilnya sementara muka itu mula kelihatan di kertas.

      Zachary keluar dari bilik air berwap mengeringkan rambut dengan tuala. Berjalan ke belakang Angelica, dia memandang ke potret lelaki yang dia nampak bersamanya di gua itu. Dia melihat cara rapi Angelica melukis rambut yang panjang dan hitam itu... seakan angin bertiup ke atasnya. Sebagai jembalang, lelaki itu iblis yang tampan di mata Angelica.

      "Kamu bau bagus", komen Angelica dan memandangnya. Menunjukkan lukisannya, dia tanya, "Boleh kita hubungi Dean untuk tunjuk gambar ini?".

      "Saya ternampak dia di vila ketua serigala malam tadi. Tapi dia masuk dan keluar begitu cepat ianya lebih senang jika kamu tunjuknya ke Kane sahaja", cadang Zachary sambil melompat kerusi itu dan duduk di sebelahnya dan ambil gambar itu dan mengkajinya. "Kane kata Misery perempuan".

      "Itu yang saya takut", keluh Angelica. "Jika itu bukan jembalang yang sama yang mereka bebaskan dari gua itu... ia bermakna Misery bukan satu-satunya jembalang di bandar ini".

      "Apa buat kamu kata begitu?" tanya Zachary.

      Tidak menjawabnya, Angelica buat sesuatu yang tidak terfikir olehnya. Memusing diri ke sisi atas kusyen, mendekati Zachary dan menyandar padanya. Bila Zachary cuba ciumnya, dia tunduk dan Zachary cuma cium dahinya sahaja. Kemudian dia biarkan mimpinya bermain di memorinya.

      Zachary terkejut bila gambaran berubah dan dia di dalam mimpi Angelica. Bila gambaran yang berkelip itu mula hilang dan Angelica menjauhkan dirinya, Zachary buka matanya dan bisik, "Wow... itu satu mimpi yang pelik".

      Angelica mengangguk, "Ya, lebih-lebih lagi untuk seseorang yang tidak pernah bermimpi, tidak sekalipun sepanjang hayat".

      *****

      Kriss telah mencari di tempat-tempat dia fikir maklaikat yang jatuh yang terpenjara tersangat lama itu mungkin menyembunyi. Ianya bukan maklaikat yang jatuh dicarinya... ianya Dean. Selepas kepenatan mencari di gereja-gereja dan kswasan-kawasan terpencil di serata bandar yang kejahatan hindari, dia tersedar yang dia mungkin tersalah tempat. Dia seperti tidak mengenali mangsanya dengan rapat.

      Bergerak dari satu kawasan paling teruk ke satu lagi, Kriss mula menghampiri tengah-tengah bandar. Beberapa jam kemudian, dia berjaya bila ternampak pergerakan pantas berlari merentas atap-atap melompat dari bangunan ke bangunan.

      Mengekori dari jauh, Kriss mengecam warna terang maklaikat yang jatuh dan sayap putih bak salji yang ghaib dari pandangan manusia tapi tidak padanya. Dia merengkan kepala ke tepi bila maklaikat yang jatuh itu melihat ke atas bahunya seakan merasakan dirinya diekori.

      Bila maklaikat yang jatuh itu memandang kembali ke jalan di bawah, Kriss merasakan bukan dia sahaja yang memburu malam itu.

      "Siapa yang kamu cari?" bisik Kriss dalam hati masih mengekorinya beberapa blok lagi. Mengikutinya pada simpang, Kriss tiba-tiba berhenti bila lelaki itu berdiri di tepi bangunan... memandangnya. Ianya posisi menyerang dan mata peraknya garang membuatkan Kriss kaku.

      Untuk seketika, kedua-duanya tidak bergerak. Kriss menggunakan masa itu untuk menumpukan kuasanya dan melihat ke dalam roh lelaki itu. Gambaran roh itu menjadi tepat, Kriss menjangka ada kilauan beralun perak dalam darahnya, tapi terkejut maklaikat yang jatuh ini telah dikotorkan. Matanya terbeliak bila sedar lelaki ini satu kacukan.

      Jadi, itu yang dia rasakan bila makhluk ini meletup semasa di gereja. Kriss СКАЧАТЬ