Название: Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah)
Автор: Amy Blankenship
Издательство: Tektime S.r.l.s.
Жанр: Ужасы и Мистика
isbn: 9788835427674
isbn:
Dia membina dirinya tidak kisah tentang apa-apa... atau sesiapa. Dia juga berbangga dengan peraturan sendiri untuk mengambil apa yang dia mahu. Dia mahukan Alicia dan Alicia tidak sepatutnya menggoda seorang iblis sepertinya. Bila dia jatuh dari beranda itu, dia berharap Alicia cukup pandai tidak mengikutinya. Nasib baik, gadis itu tahu sedikit tentang penjagaan diri.
Dia akhirnya sampai ke tempat yang ditujuinya: tempat tidak terurus di Los Angeles. Damon melurut ke sudut gelap kaki lima, tersengeh bila kereta polis memandu di tepi dan semua orang hilang. Bila polis hilang dari pandangan, gelandangan bumi akan keluar dari persembunyian dan keadaan akan kembali seperti biasa.
Damon menyingai ke dua wanita berpakaian menjolok mata dan terus berjalan bila mereka mengodanya dengan lengguk mereka. Mungkin beberapa minggu lepas dia boleh melakukannya, tapi sekarang... dia tidak berselera dengan perempuan. Memikirkan untuk minum dari mereka membuatnya rasa sedikit sakit.
Berpusing di simpang, Damon nampak dua orang jahat di hadapan dan mereka melihat ke arahnya semasa dia datang dekat. Sekarang inilah yang dia nantikan.
"Bagaimana kamu", seorang tanya dengan suara garang. Tangannya di dalam poket jaketnya berharap untuk jualan dadahnya. Bila dia ternampak mata liar Damon, dia memutuskan untuk tidak menjual kerana orang ini mungkin sudah dapat dadah di tempat lain.
Damon tidak jawab dan sambung berjalan. Dia tahu apa akan jadi dan tidak sabar untuk itu. Kedua lelaki ini mungkin raja jalan ini dengan otot yang berketul dan mata yang gelap dan tiada emosi. Dia boleh bau darah lama di pakaian mereka dan nampak kesan di buku lima yang ada pada pembuli. Ya, mereka mungkin lagenda dalam minda mereka.
“Hey,” yang kedua jerit, "Kawanku tanya kamu".
"Dan kesenyapanku sepatutnya menjadi amaran padanya saya tidak berminat". Damon beri amaran kemudian menoleh pada mereka. Dia tersengeh jahat, taringnya bersinar pada lampu jalan yang malap bila mereka nampak anak matanya yang merah. "Tetapi, makan malam dengan kedua-dua kamu nampak bagus".
Damon bergerak cepat, mencapai yang pertama dan menyedutnya kering dalam masa kurang seminit. Dia berpeluh dari kesakitan bila lebih banyak peluru mula ditolak keluar dan jatuh ke tanah dengan bunyi besi terhantuk. Mendongak ke atas, dia ketawa berdekah-dekah sebelum melepaskan mangsa yang mati jatuh di kakinya.
Gema dari yang kedua berlari pergi mencuri perhatiannya dan Damon meluru padanya, sekali lagi menyelimuti dirinya dengan bayang-bayang sebagai samaran. Kesakitan dan adrenalinnya pada tahap tinggi.
Dia sampai ke lelaki punk gemuk itu dan meninjaunya seketika, suka pada bau ketakutannya. Bila mangsanya mula memperlahankan diri, Damon tergelak dalam gelap membuatnya lagi semula lebih laju. Ya, inilah yang diperlukannya... membuang dari dunia beberapa manusia tidak berguna sambil mengambil darah yang diperlukannya untuk pulih.
Cepat merasa bosan mengejarnya, Damon meluru dekat dan menariknya ke lorong belakang. Pergelutan manusia itu berani juga, tapi tiada tandingan dengan kekuatan Damon... kesudahannya sudah ditentukan.
Akhirnya, rontaan lelaki itu berkurangan dan Damon menjatuhkannya ke konkrit kotor. Semasa meronta, paket-paket kecil serbuk putih terjatuh dari poket orang itu dan sebungkus besar duit dan sepucuk pistol. Damon melutut di sebelah mayat itu dan, menggunakan bucu bajunya, mengelap mukanya bersih dari bukti sebelum mengambil duit itu dan masukkannya ke poket belakang dan berjalan pergi.
Sampai di mulut lorong itu, Damon menyeluk poketnya dan mula berjalan di kaki lima seperti tidak kisah apa-apa di dunia. Sekarang keperluannya untuk membunuh dan minum sudah hampir puas, dia boleh pilih mangsa seterusnya yang lebih baik.
Misery memandang keseluruhan adegan langsuir dengan dua manusia yang dipilihnya sebagai mangsa itu. Dia mahu berjumpa langsuir itu tapi terlalu lemah untuk itu. Tetapi, dia memuaskan diri dengan menyedut ketakutan dari dua manusia itu sementara langsuir itu menyedut mereka kering. Pukauan kematian mereka sungguh lazat.
Perjumpaannya dengan Kane sebelum ini memaksanya menggunakan semua kuasa yang disimpannya sejak bebas dari gua itu. Bila kuasanya dicampur dengan darah Kane, ia menggunakan hampir seluruh tenaga darinya. Untuk buat dinding dimensi merekah di dunia ini adalah proses rumit dan akan mengambil lebih banyak kuasa dari yang dia ada pada masa ini. Dia boleh rasa degupan kejahatan di kawasan itu dan tahu dia telah membangkitkan beberapa jembalang yang lebih lemah yang sedang tidur di situ.
Dia perlu lebih tenaga untuk menipiskan dinding itu cukup untuk jembalang-jembalang di sebelah sana merasanya dan ambil peluang. Jika jembalang-jembalang itu cukup berkuasa... mereka boleh habis mengoyaknya dari sebelah sana dan bersama dengannya di dunia ini.
Walaupun caranya tidak cukup untuk apa yang dia mahu, kejahatan di bandar itu membiak dan ianya tidak akan makan masa yang lama untuk membina kuasanya ke tahap yang diperlukan. Bila tahap itu dicapai... dia akan cuba memecahkan tembok dimensi itu sekali lagi. Aura langsuir ini tidak selazat Kane tapi persamaan dan potensi untuk upacara berdarah ada padanya.
Langsuir ini... walaupun menunjukkan kekejaman yang menarik pada Misery... kuasanya sungguh lain dari Kane. Dia sudah tahu bagaimana menyambung ke kuasa sebenar Kane tapi bila meneliti roh yang ini, dia nampak lebih kepada kebenaran yang merbahaya. Kuasa yang ada padanya cuma boleh dilepaskan semasa melindungi sesuatu yang dicintainya. Ia kuasa yang tidak berguna sebab dia menutupi emosinya.
Selepas mengkaji langsuir ini seketika lagi, Misery memutuskan ianya bagus jika yang ini tidak bercinta sebab jika dia berjaya mengawal emosinya... kuasanya tiada batasan.
Damon boleh menghidu langsuir-langsuir tanpa roh berkeliaran sekelikingnya dan dalam lorong-lorong gelap. Dia berfikir sekejap tentang membasmi beberapa mereka dari bandar ini tapi memutuskan dia sudah berbuat baik untuk hari itu. Jika mereka mahu minum dari gelandangan di kawasan itu, siapakah dia untuk menidakkan mereka?. Dia pun baru buat perkara yang sama. Semasa dia sambung berjalan, beberapa lagi peluru jatuh dari bajunya dan kena tanah, berbunyi ting-ting di kaki lima seperti memori yang dilupakan.
Bulu di belakang leher Damon menegak dan dia berhenti berjalan, menoleh kiri dan kanan... dia sedang diperhati. Akhirnya mendongak ke atas, matanya menumpu ke bayang-bayang kelam berlegar di atap bangunan di sebelahnya.
Melangkah ke belakang ke dalam bayang-bayang, Damon menyelimut dirinya dengan kegelapan mencemuh bagaimana bandar ini tidak memberi privasi kerana ramai baka paranormal berkeliaran. Sebelum ke sini, dia tidak pernah dekat dengan pengubah bentuk atau maklaikat yang jatuh. Di negaranya, pengubah bentuk telah dibuang ke zaman gelap dan cukup pandai untuk tidak kembali. Dia tidak sedar bagaimana sikap kenegaraannya cukup kuat bila di negara yang dia berbuat baik itu.
Dia bukan jenis yang suka berjalan-jalan kelilingi dunia seperti Kane dan Michael... tidak bila dia suka berada di satu tempat. Tapi itu bukannya pengubah bentuk di atap itu... ianya maklaikat yang jatuh, dan ianya bukan antara dua yang dilihatnya di gereja. Ini mesti yang lagi satu yang melarikan diri.
*****
Zachary bernafas lega bila pemberita yang terakhir mula bosan dan tinggalkan tempat jenayah itu. Dia menoleh ke ahli bomba yang kotor dan mengerang sedih. Kesian mereka, mereka tidak dapat mengawal api itu, walaupun mereka syukur ia tidak melarat keluar dari tanah Anthony Valachi. Zachary tersenyum bila nampak apa yang ditunggunya.
Dia menjadikan api itu sangat panas dia tahu ia tidak makan masa lama sebelum kehabisan bahan bakar dan padam. Dia buat begitu kerana dua sebab. Satu kerana kasihan pada manusia yang mengadai nyawa setiap hari bermain api, dan yang satu lagi untuk melenyapkan semua bukti manusia tidak patut lihat... termasuk jasad untuk bedahsiasat atau tulang untuk diteliti.
"Nampak СКАЧАТЬ