Название: Hangat (Buku 4 Perjanjian Darah)
Автор: Amy Blankenship
Издательство: Tektime S.r.l.s.
Жанр: Ужасы и Мистика
isbn: 9788835427674
isbn:
Micah meraung lembut bila jarum itu dicucuk di lengannya dan menoleh jauh. Dia tidak suka ambil arahan dari sesiapa dan apa dia perlu buat ialah mencari adiknya. Semua orang mula keluar bila jarum itu dicabut dari lengannya.
Puan Tully melihat mereka pergi kemudian menoleh kembali ke Micah yang sudah pun tertidur. Keluarganya gembira dia sudah pulang, tapi yang sebenarnya ialah... dia bimbang pada harimau bintang itu. Kecederaannya terlalu teruk dia tidak boleh percaya Micah masih hidup.
Kedua-dua tempurung lututnya berkecai ditembak, tulang rusuknya patah dipukul bertubi-tubi beberapa lama. Belakangnya luka parah disebat. Dia kekurangan air dalam badan, kekurangan nutrisi, dan dia ada penyakit yang menular dalam darahnya. Dia boleh berinya penicillin jika dia manusia, tapi yang sedihnya... antibiotiks manusia tiada kesan pada paranormal.
Walaupun haiwan jadian memulih sangat cepat... ia tidak bermaksud kecederaannya tidak kekal... atau boleh membunuh. Dia rasa Micah bernasib baik jika dapat selamat dari jangkitannya.
Dia memandang di sisi matanya ke Michael, yang belum keluar dan duduk tidak bergerak di kerusi. Puan Tully memutuskan untuk membiarkannya. Dia memandang tinggi pada Michael dan jika dia mahu tinggal di situ dia tidak akan memaksanya pergi. Dia antara yang selalu jumpanya tapi selalunya untuk membawa orang yang parah, bukan kecederaannya sendiri.
Dengan mengeluh, Puan Tully mengemas perkakasannya dan berdiri. Dengan mengangguk sedikit ke arah Michael, dia senyap-senyap keluar bilik itu.
Michael tahu ianya masa untuk pergi... dia cuma menunggu untuk kemarahannya berkurangan. Alicia menyusahkan, tapi Damon tidak sepatutnya bawa dia ke tengah-tengah adegan tembak menembak seperti itu. Dia masih boleh nampak riak posesif di muka Damon bila memeluk Alicia dan mushkil jika sejarah sedang bersedia untuk berulang.
Pandangannya kembali ke apa yang tinggal pada Micah dan gambaran tangisan Alicia semasa memegang tangan abangnya kembali menghantuinya. Satu lagi gambaran terpampar di mindanya... gambaran Dean mengambil tangannya dan meletakkannya ke Kane untuk menyelamatkannya dari mati. Antara dia dan Dean... kecederaan Kane pulih di hadapan mereka.
Michael tidak pernah terfikirkannya, tapi dia pernah nampak Syn berbuat seperti itu di masa lampau. Ada satu masa yang tertentu yang menonjol di minda Michael... begitu lama dahulu sehingga dia hampir lupakannya.
Ianya semasa salah satu dari yang banyak rombongan perjalanan mereka dan mereka terjumpa seorang budak yang cedera. Dia tersenyum lembut bila teringat reaksi Damon dan Kane pada gadis kecil itu. Satu dari kakinya patah dan dia ada beberapa luka yang dalam pelbagai tahap pemulihan.
Budak itu kata dia terjatuh tapi mereka tahu tiada apa di situ yang boleh menyebabkan kecederaan seperti itu. Bila Damon melutut di hadapannya untuk mencungkil kebenaran, Syn menolak Damon pergi dan berkata, "Kamu tidak buat begitu pada budak yang suci".
Mereka cuba membantu budak itu pulang ke rumah tapi dengan cepat terhidu ketakutan dalam dirinya. Tapi, ia bukan takut pada mereka, tapi takut untuk pulang ke rumah yang membuatkan jantung gadis kecil itu berdegup. Walaupun budak itu tidak kata apa-apa, Michael tahu penjaga budak itu yang menyebabkan kecederaan itu... bukan sahaja kaki yang patah.
Syn tidak berkata apa-apa pada budak itu mengenainya dan mengesat air matanya. Tetapi, dia bertanya mengenai adik beradiknya dan budak itu menjawab tiada. Dia mula bercerita tentang neneknya yang tinggal di pergunungan dan matanya bersinar dengan sayang sebagai cucu.
Semasa dia bercakap, Syn meletakkan tangannya tepat di kakinya yang patah. Bila dia habis bercerita, bukan sahaja kakinya sembuh tapi semua luka-lukanya juga hilang. Masa itulah Michael terkejut dengan Syn. Sementara Kane mengangkat gadis kecil itu ke pangkuannya dan bermain dengannya, Syn melangkah dekatnya dan Damon.
Melihat pada Damon dia berkata, "Kamu jangan ganggu minda seorang budak... kecuali masa ini. Dia tidak perlu ingat tentang tentang deraan yang dilaluinya, tapi dia ingat kematian mereka". Matanya menjadi sejuk dan menambah, "Ianya kerana api". Dengan itu, Syn berpusing dan berjalan di lorong yang jelas ke arah rumah gadis kecil itu.
Kane tidak berahsia yang dia mahu bela gadis itu dan membesarkannya... dia selalu sayangkan kanak-kanak. Mereka semua pun sayang tapi Kane yang paling teruk. Dia akan beli seluruh kedai mainan untuk mereka jika dia mahu... dan ia pernah terjadi... beberapa kali. Walaupun begitu, Syn mendesak buat perkara betul dan membawanya pulang ke rumah neneknya.
Bila matahari terbit keesokan harinya, desas desus di kampung itu mengatakan ada rumah terbakar hingga rentung. Mayat lelaki dan wanita dijumpai tapi anak gadis kecilnya, hilang.
Empat orang itu cepat-cepat meninggalkan kampung itu menaiki kuda, menuju ke tempat yang sekarang dinamakan Swiss Alps. Selepas menghantar gadis kecil itu ke keluarga angkatnya, Syn memberikan nenek itu sepucuk surat dan sekarung duit emas semasa dia berbual-bual dengannya. Wanita tua itu tersenyum dan memeluk Syn erat sebelum mendukung cucunya.
Walaupun Syn tidak berkata apa-apa, mereka tahu dia bertanggungjawab pada kematian ibubapa gadis itu. Sehingga hari ini ianya membuatkan Michael mengigil bila memikirkannya. Kod moral Syn ialah kanak-kanak tidak boleh merana dan jika dia boleh berbuat sesuatu mengenainya... dia akan. Syn tidak kisah siapa ibubapa itu atau apa mereka mahu. Dia percaya ibubapa yang mendera memang patut dihukum seperti yang mereka lakukan pada anak-anak mereka.
Bila Michael bertanyakan tentang kebolehan Syn merawat budak itu, dia memberikan senyuman sabar.
"Kuasa itu ada di dalam semua yang kebal. Berbanding kekebalan... kamu masih budak, jadi kebanyakan kuasamu juga. Dalam masa, kuasa itu membesar. Tentang kuasa apa yang kamu ada... cuma rohmu boleh pilih. Jika merawat adalah kuasa yang rohmu berikan, kamu cuma perlu mahukannya dengan kuat".
Melihat balik ke harimau bintang yang cedera itu, dia faham. Melihat Alicia menangis seperti itu adalah motivasi yang cukup untuk mahukannya cukup kuat. Michael perlahan-lahan berdiri dan mendekati Micah. Bila dekat, dia boleh terhidu infeksi yang menular dalam badan harimau bintang itu. Jika apa-apa berlaku kepada harimau bintang itu, dia pasti Alicia akan menangis dan dia tidak mahu Alicia menangis.
Michael meletak tangannya ke dada Micah dan teringat sensasi yang dia rasa bila dia dan Dean menyentuh Kane. Menumpukan fikirannya pada kemahuannya melihat Alicia tersenyum, dia dapat rasakan kemahuannya itu mengalir dari tubuhnya ke tubuh yang dia tahu membahagiakan Alicia. Micah mula bersinar lembut dan Michael menunggu jika dia boleh melihat roh Micah seperti dia melihat roh Kane. Selepas seketika, dia akur yang itu adalah kuasa Dean... bukan dia.
Jika ada sesiapa lain di bilik itu dengannya, mereka boleh melihat perubahan yang berlaku. Mata Michael mula bersinar biru kehijauan gelap dan rohnya perlahan-lahan menunjukkan dirinya, berlapis dengan tubuh fizikalnya.
Michael boleh rasa sebahagian dari dirinya masuk ke dalam badan harimau bintang itu... mengalir melalui darahnya. Dia bernafas lega bila bau infeksi mula hilang dari bilik itu. Dia tidak nampak di bawah kain pembalut luka untuk kepastian, tapi dia nampak bila lebam dan luka di muka Micah beransur pulih dan hilang.
Menarik tangannya, Michael tersentak ke belakang. Mengangkat tangan ke matanya untuk menenangkan kepeningannya, dia terkejut ada air mata di bulu mata dan pipinya. Dia kaku sekejap teringat yang dia juga menangis bila Dean mengambil tangannya dan meletaknya ke atas badan Kane yang tenat.
Adakah itu maksud Syn bila berkata mahukan sesuatu dengan kuat?. Adakah hati dan mindanya mesti tepat berada di tempat sama untuk ianya berlaku?.
Michael melihat ke tangannya dan mengeluh. Dia berharap Syn ada di situ untuk jawab soalan-soalan barunya. Syn sudah bangkit sekarang, tapi sepanjang masa yang dia ingat, Syn СКАЧАТЬ