Название: Satu Malam Di Annwn
Автор: Owen Jones
Издательство: Tektime S.r.l.s.
Жанр: Сказки
isbn: 9788835425014
isbn:
Selepas bertahun dirunguti ibubapa-ibubapa, dan beberapa perkahwinan paksa, majlis perkampungan meruntuhkannya. Dia masih tersenyum bila teringat surat yang dihantar seseorang pada kolum pendapat pembaca. Dia anggap bangsal itu seperti jerawat di atas kepala orang separa tua yang botak. Tapi jerawat itu sudah hilang sekarang dan untuk kenangan sejarah diletakkan bangku taman di situ. Jika kamu duduk dengan membelakangi pergunungan, kamu akan rasa seperti duduk di puncak dunia dan boleh melihat berbatu-batu jauhnya.
Untuk pacar-pacaran bercinta, mereka masih lagi ke sana tapi semuanya memandu kereta sekarang, dan menggunakan kontraseptif, atau kebanyakkannya sahaja.
Ianya satu hari yang baik. Terdapat angin lembut yang tidak dapat dielakkan, tapi ianya sangat lembut. Ia membuatkan rambutnya merembang, tapi ianya menyegarkan dan membuatnya gembira untuk hidup semula, walaupun dia tahu perasaan ini cuma sekejap. Sebaik sahaja mereka meninggalkan tempat ajaib itu, dia akan berfikir untuk apa semua ini semula. Dia tahu bila dia ada keluarga, tapi dia tidak ingat lagi.
“Marilah, perempuan manisku, kita turun kembali”. Itu adalah isyarat untuk anjingnya diberi hadiah sebelum pulang. William selalunya bawa sebiji epal atau sebuku coklat bersamanya untuk tenaga untuk perjalanan pulang dan dia selalunya beri anjingnya biskut juga. Anjingnya merapatinya sambil mengerak-gerakkan ekornya penuh harapan.
“Perempuan baik, Kiddy”, dia belai kepala anjingnya sebelah tangan sementara ia makan biskut di tangan sebelah lagi. “Itu sahaja yang ada, jom kita pergi”.
Sedang William bangun, sebuah kereta muncul di atas konkrit dan memancarkan lampu. Seorang lelaki baya William keluar dan juga seorang gadis.
“Hello, Bill. Selalunya saya datang sini dan tidak jumpa sesiapa. Walaupun begitu, saya gembira bertemu kamu sebenarnya. Ianya hari lahir saya dan saya akan menyambutnya di pub kampung. Saya sedang menunjukkan cucu saya pemandangan yang indah dari bukit ini, selepas itu bawa dia pulang dan terus ke bawah. Kamu nak ikut?”.
“Saya tidak pasti, Dai. Selamat Hari Lahir untukmu”. Dia melambai ke gadis di sebelah kereta sambil membelai anjingnya.
“Marilah, saya tumpangkan kamu dan anjingmu naik kereta. Lebih baik dari menonton TV siang hari, kan?”.
“Ianya pasti tanpa ragu-ragu. Ya, marilah. Anak perempuan saya ada bertanya jika saya ingin turun pagi tadi. Saya beritahu ‘Tidak, saya akan buatnya esok’, tapi ini adalah sebab yang baik untuk tukar pendirian. Marilah!”.
“Bagus! bagus! Jika kamu ada telefon saya sudah menelefonmu untuk jemput, tapi kamu tiada kan?”.
“Jangan risau! Ianya membazir duit sahaja, kawan… Tidak berfungsi pun. Tiada sambungan, tiada elektrik separuh masa juga”.
“Tidak, dunia sini sudah dilupai masa, itulah tempat kamu tinggal. Ia seperti seratus tahun dulu yer… mungkin dua ratus…”.
“Jika tiada sekeping konkrit ini, tiada apa yang berubah selama ribuan tahun, Dai, ribu-ribuan”.
Bila Dai sudah menunjukkan cucunya sekeliling puncak bukit itu, dia janji berinya ais krim dan mereka semua masuk kereta untuk turun.
“Anjing tua kamu busuk sedikit, kan, Bill? Tidakkah kamu rasa ianya masa mandikannya?”.
“Tidak, saya tidak mahu! Dia seekor perempuan pekerja kebun, bukan jenis manja. Dia mahu berbau seperti anjing supaya anjing lain menyukainya, bukan seperti anjing bandar. Kamu tidak boleh jumpa anjing yang bersedia lompat ke dalam sungai seperti si tua Kiddy, tapi saya tidak akan letak bedak dan pewangi ke atasnya untuk orang lain fikir dia berbau harum. Saya tidak percaya pada memanjakan anjing.
“Dia seekor anjing, dan jika kamu suka anjing, kamu harus terima hakikat yang anjing tidak berbau seperti kita”.
Dai memandang kawannya dan bersetuju, tapi mengandai bahawa kawannya juga perlu sedikit ‘pemanjaan’.
Dai pandu melepasi satu kedai dekat kampung, beli ais krim untuk cucunya dan bawanya pulang ke rumah, selepas itu mereka berjalan sedikit ke bawah bukit ke ‘Bryn Teg’, rumah awam kampung itu. Ianya sudah hampir pukul empat.
William memasuki pub itu dahulu, tapi berpusing untuk memegang pintu terbuka untuk kawannya tanpa melihat ke dalam. Semasa Dai berjalan masuk, suara ‘Selamat Hari Lahir’ bergema. Mereka berdua melihat sekeliling bar kekaguman pada hiasan dan kelengkapan. Tuan dan puan rumah, Harry dan Joyce, memulakan nyanyian hari lahir diikuti dengan sepuluh atau dua belas lelaki dan wanita, semuanya dalam lingkungan umur bersara.
“Sebenarnya saya terkejut!” katanya pada semua sambil dia dan William ambil bangku dekat bar dan Kiddy duduk bawah meja dekat pintu seperti biasa.
“Segelas benda pahit, Dai?” tanya Harry.
“Ya, silakan, Harry. Siapa buat semua ini?”.
“Ianya cadangan Joyce, tapi beberapa kawan-kawanmu menolong kami menghias tempat ini. Benda pahit untuk kamu juga, Bill?”.
“Aye, terimakasih, Harry. Saya dapatkannya”.
“Selamat Hari Lahir, kawan!” katanya sambil melagakan gelasnya dengan gelas kawannya bila minuman mereka sampai, “dan banyak lagi”.
“Terimakasih, Bill. Semoga majujaya, kawan. Saya gembira kamu datang. Saya tidak menjangkakan semua ini dan itulah kebenaran. Terimakasih dengan segala kepayahan untuk hari lahirku, semua orang”, katanya berdiri dan mengangkat gelasnya kepada semua. “Saya tidak pernah ada majlis hari lahir sejak anak-anak keluar rumah. Ianya satu fikiran baik. Terimakasih, Joyce”.
Bila kegembiraan awal disebabkan kemasukkan Dai mula menurun, kebanyakkan lelaki balik menonton perlawanan bola ulangtayang, sementara yang lain bertukar cerita berkenaan kehidupan kampung dan pertanian di bukit secara am.
“Mahu main Crib, Dai?”.
“Mestilah. Pertaruhan biasa?”.
“Aye, satu mata sepuluh sen. Harry, daun terup, silakan”.
Harry menggangguk dan mencapai terup. Dia tahu apa yang mereka mahu sebab mereka main Crib bersama selama sembilan belas tahun dia menjadi tuan rumah Bryn Teg, dan dia diberitahu yang mereka sudah mainnya selama yang sama sebelum dia mengambil alih rumahnya.
“Patutkah saya beri Kiddy yang selalu?” tanya Harry.
William melihat ke atas bahunya ke anjingnya yang lidahnya terkeluar, dan ekornya bergerak-gerak bila dia memberikan ia perhatian.
“Ya, silakan, Harry. Itu gajinya untuk menunggu saya, dan dia sudah menjangkakannya”.
“Berapa lama dia sudah kemari? Sepuluh tahun?”.
“Dua belas, tapi dia bukannya selalu sehingga saya jual semua biri-biri lima tahun lepas”.
“Dua belas tahun, ke? Cepatnya masa berlalu?” katanya sambil tuang benda pahit ke dalam mangkuk yang William tinggalkan di belakang bar untuk anjingnya, dan ditambah air. Dia letakkannya dan sebungkus kerepek perisa dendeng babi salai atas bar dan berjalan mengelilingi kaunter.
“Itu dia, perempuan tua”, katanya sambil meletakkan mangkuk itu di atas akhbar semalam dan kosongkan bungkusan kerepek atasnya. Kiddy sabar menunggu, ekornya menari-nari dan lidahnya terjelir-jelir. Sebaik sahaja Harry habis membelai kepalanya, dia terus СКАЧАТЬ