Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah). Amy Blankenship
Чтение книги онлайн.

Читать онлайн книгу Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah) - Amy Blankenship страница 6

Название: Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah)

Автор: Amy Blankenship

Издательство: Tektime S.r.l.s.

Жанр: Ужасы и Мистика

Серия:

isbn: 9788835426226

isbn:

СКАЧАТЬ lebih lagi sekarang dan sifat diperlukan itu membantu membuatkannya lebih stabil.

      Berdiri dan mengguak tangannya ke atas kepala, dia berjalan dari ruang tamu ke bilik tidurnya. Dia membuka pakaian dan memakai seluar pendek dan baju senteng sebelum berbaring atas katilnya yang sejuk dan selesa.

      Masa ini dia tidak cuba menghentikan adegan yang bermain di mindanya sementara dia mula tertidur. Lagipun, dia perlu menafsirnya dan ia tidak akan berhenti sehingga tafsirannya dibuat... jadi tiada guna melawannya? Dia terbenam dalam kegelapan tidurnya masih merenung ke gereja itu dan mata Kane.

      *****

      Jewel berlegar-legar sepanjang bilik tidur Steven. Tangannya memeluk tubuhnya dan dia sudah mula menggigit kukunya, sesuatu yang tidak dilakukannya sejak kecil.

      "Ini salah saya", katanya perlahan cuba melupakan gambaran ayahnya yang disula di atas mazbah di gereja yang sama dia hadiri sepanjang hayatnya. Berapa kali dia sembahyang di bawah tempat dia dibunuh? Dia tahu Anthony gila tapi itu sadistik.

      Steven memandang wanita itu berlegar-legar ke hadapan dan belakang dan boleh melihat bibirnya bergerak tanpa suara bila dia mengeluh dalam mindanya. Dia mencapai dengan tangannya dan meletaknya di tangannya lembut untuk mententeramkannya. "Jewel, ini semua bukan salahmu".

      Dia mengecilkan matanya pada tangan Steven kemudian merenungnya. "Kamu separuh betul. Ianya salahmu sebanyak juga salahku. Sekarang ayahku sudah mati, saya tidak perlu mengahwini Anthony lagi dan pasti tidak perlu tetap berkahwin denganmu".

      Jewel memaling muka darinya jadi tangannya akan terlepas. Yang terakhir dia mahu sekarang ialah untuk menyucikan dosa-dosanya... dia rasa sangat bersalah. Dia memberikan Anthony paku-paku yang menyula ayahnya sendiri.

      Steven tidak mengakuinya tapi kata-kata Jewel benar-benar menyakitinya. Dia menjawabnya cuma dengan cara yang dia tahu pada masa itu kerana Jewel terang-terang tidak mahu dipujuk atau dibelai.

      "Kamu betul-betul fikir Anthony akan berhenti mencarimu hanya kerana dia membunuh ayahmu?" jerit Steven. Dia tahu dia betul dan Jewel tidak akan dengar apa-apa perkataan darinya.

      "Dia bunuh ayah saya... Saya berjoget dengan syaitan sebab saya mahu ayah saya selamat dan hidup. Jika Anthony berani menghampiriku sekarang, saya akan pecahkan kepalanya". Jewel rasa sangat ganjil. Ianya seakan dia tenang di luar, tapi berketar-ketar dengan kuat sebelah dalam.

      Dia menangis berjam-jam tapi kemarahannya akhirnya memberinya kesedaran. Dia sudah cukup menitiskan air mata. Sekarang masanya untuk mengawal kembali kehidupannya. Dia sedang merancang untuk memerangkap Anthony dan dia harap Steven betul... yang Anthony akan datang mencarinya, sebab itu dia mesti bersedia.

      "Saya tidak boleh biarkan kamu pergi", beritahu Steven padanya. Jika dia tidak boleh mempertahankan diri, dengan itu sebagai pasangannya... dia perlu lakukannya untuk Jewel. Dia lihat mata merah Jewel menoleh dan merenung dirinya.

      "Itu membuatkanmu bukan lagi baik dari Anthony dan saya akan membencimu sepanjang hayat", katanya degil. Dia mahu Steven menjadi marah padanya, menghalaunya keluar dan membasuh tangannya darinya. Jika dia lakukan itu... mungkin Anthony tidak akan bunuhnya sama seperti dia membunuh ayahnya. Dia tidak mahu disalahkan untuk mana-mana lagi kematian yang mengerikan melainkan ianya Anthony... dia suka dipersalahkan untuk itu.

      Steven merenungnya dalam seminit kemudian buka pintu dan berdiri di tepi. "Pergilah kalau begitu. Saya mempelawa untuk menyelamatkanmu dan kamu mahu berperang? Pergilah, dan kita tengok berapa jauh kamu boleh pergi menentang sesuatu yang kamu sedikit pun tidak tahu bagaimana untuk membunuhnya". Steven senyum jahat padanya, "Cuma kamu perlu tahu, cerita wayang tiada yang betul tapi temberang".

      "Saya jangka kamu patut tahu!" jerit Jewel dan melangkah ke hadapan. Kenapa dia masih mahu menyelamatkannya? Dia tidak faham bahawa dia akan membuatkannya terbunuh juga?.

      Steven menutup matanya dan menoleh ke arah lain. "Ya, saya patut tahu... kan?" perlinya kemudian memandang kembali sementara Jewel berkejar melepasinya. Cemas, Steven menangkapnya di pinggang dan menariknya dekat, "Celaka, tunggu!" dia menyerah.

      Jewel mula menggeliat darinya jadi dia menariknya lebih rapat ke dadanya. "Jika kamu mahu memerangkapnya silakan, tapi kamu tidak mampu lakukannya seorang. Biar kami bantu".

      Jewel menolak dari dadanya menyandar ke belakang untuk merenung padanya. "Kenapa? Supaya kamu pun tergantung di atas salib juga?". Dia mahu menjerit bila gambaran itu masuk ke mindanya. "Saya tidak mahu itu berlaku".

      Dia tidak pasti apa perasaannya terhadap Steven tapi bayangan dia mati seperti itu membuatkannya rasa seperti ditikam di dada. "Jika kamu lepaskan saya sekarang, dia tiada sebab menyerangmu". Dia menggenggam hadapan bajunya dalam tangan kecilnya. "Kamu akan selamat... dan hidup".

      "Dia akan menyerangmu juga", beritahu Steven kemudian melakarkan jarinya ke atas tanda cinta yang diberinya. Dia senyum sopan bila dia rasa Jewel menggigil pada sentuhannya. "Seperti saya kata, ini kehidupan nyata. Jika kamu pergi kepadanya dan dia nampak tanda cinta itu, dia akan mencariku walau apapun yang kamu kata atau buat".

      Jewel menyandar pada kehangatan padu yang dianjurkan Steven dan menutup matanya. Dia rasa kemarahannya hilang dalam keselamatan pelukannya dan mahu menghentak kakinya dalam kehampaan. Kesedihan kehilangan ayahnya bermula semula tapi dia tidak akan menangis.

      Steven memeluk Jewel dengan lebih ketat. Dia tidak menyalahkannya atas perlakuannya. Jika Anthony baru sahaja membunuh ayahnya, tiada kuasa di dunia atau akhirat akan berjaya menahannya dari bertindak.

      "Lihat, bagaimana jika begini?" tanyanya menyandar sedikit ke belakang dan mengangkat muka Jewel padanya. "Kita akan adakan pertemuan pagi ini dan semua akan hadir. Kita akan bantumu fikirkan sesuatu yang lebih baik dari kamu menyerah padanya. Lagipun, dengan kita kamu ada tentera bersamamu. Tanpa kita, kamu akan berlawan dengan kumpulan serigala jadian dan walau apapun yang kamu lakukan... Anthony akan menangkapmu". Dia membelai pipinya sementara mencari dalam matanya, "Dan saya tidak mahu Anthony menangkapmu".

      Jewel menundukkan pandangannya ke dada Steven dan menarik nafas tersekat-sekat yang panjang. Dia betul. Dia tidak mahu ada berdekatan raksaksa itu selepas apa yang dilakukannya. Dia mendekap telinganya ke dada Steven mendengar degupan jantungnya yang kuat dan bertenaga. Berapa kali dia telah menyelamatkannya dari langsuir, dari Anthony, dan sekarang dari diri sendiri yang bodoh?.

      "Bolehkah kamu memelukku malam ini?" Jewel berbisik tahu jika dia melepaskannya, ketakutannya selama beberapa jam yang lepas akan timbul semula menakutkannya. Dia menoleh padanya dan mengunci renungannya dengan pandangan Steven yang tetap. Bibirnya merekah berahi sementara kejutan hangat membuak dari tengah-tengah badannya.

      Bagaimana dia boleh mententeramkan kemarahannya dan membuatnya terasa kehangatan dalam masa yang sama? Dia cepat-cepat menoleh ke arah lain tidak mahu Steven membaca kecelaruannya.

      Tanpa menjawab, Steven mengangkatnya dalam pelukannya, tendang pintu tutup dengan kaki, dan berjalan balik merentasi bilik itu dan meletakkannya di bucu katil. Dibuka kasutnya, dia cepat-cepat membuka kasut sendiri dan berbaring dengannya. Dia dengar tarikan nafas Jewel yang cepat bila dia merangkulnya dan melakukan posisi sudu dengannya. Ianya akan makan masa... tapi dia kejam jika melepaskan Jewel dengan senang.

      Bab 3

      Kriss masuk pangsapuri yang dikongsi dengan Tabatha dan mengunci pintu di belakangnya. Dia mencari Dean di mana-mana dan tidak jumpa dia atau jembalang yang dikejarnya.

      Satu perkara tentang kaum mereka, jika mereka mahu menyorok, mereka tahu menghilangkan diri tanpa meninggalkan СКАЧАТЬ